Selamat Datang

"We Make Your Success Sweeter"

 
Perutusan Dekan PDF Cetak Emel

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...


CSC_6498.JPG

Saya dengan penuh takzim dan berbesar hati mengucapkan Selamat Datang ke laman web Fakulti Teknologi Makanan. Diharapkan agar laman ini dapat menyediakan maklumat dan panduan kepada para pengunjung yang ingin mengenali fakulti ini dengan lebih dekat lagi.

 

Fakulti Teknologi Makanan telah ditubuhkan pada 1 Februari 2009 dan merupakan sebuah fakulti yang aktif seiring dengan hasrat fakulti yang ingin melahirkan graduan yang berilmu dan berkemahiran dalam memenuhi keperluan industri makanan negara. Selaras dengan hasrat tersebut, Fakulti Teknologi Makanan dilengkapi dengan prasarana yang berteknologi tinggi serta dibantu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam merealisasikan visi dan misi fakulti. Prasarana dan kemudahan makmal serta sistem pembelajaran yang disediakan oleh pihak fakulti dijamin dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran teknikal disamping teori yang dipelajari.

   

Fakulti ini menawarkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan. Kursus ini telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah memenuhi semua kriteria yang diperlukan dan telah meletakkan kursus ini setaraf dengan kursus yang ditawarkan oleh universiti lain.

  

Kecemerlangan akademik sentiasa menjadi keutamaan fakulti, dengan itu fakulti telah melantik Profesor Adjung, Dr. Nasir Azudin daripada syarikat Interflour Group Pte. Ltd. yang merupakan pakar dalam industri makanan. Selain itu, fakulti turut melantik seorang pemeriksa luar, Prof Dr. Yao-Wen Huang daripada Universiti of Georgia, USA yang merupakan pakar akademik bagi memastikan kurikulum dan program yang disediakan oleh fakulti memenuhi keperluan dalam bidang teknologi makanan di peringkat antarabangsa. Usaha ini penting bagi memastikan graduan yang bakal dilahirkan dapat memenuhi keperluan modal insan yang diperlukan oleh negara mahupun antarabangsa.

   

Fakulti turut menempa kejayaan dalam penyertaan di Seminar Sains dan Teknologi Makanan ke 7 dengan mengungguli tempat kedua dalam pertandingan Pembangunan Produk Makanan. Selain itu, fakulti turut mewujudkan jalinan kerjasama bersama Chiang Mai University, Thailand dalam bidang akademik dan penyelidikan diperingkat antarabangsa.

  

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga fakulti yang bersama-sama berganding bahu dalam merealiasasikan impian fakulti untuk melahirkan insan yang berilmu dan cemerlang agar dapat menjadi pemangkin kecemerlangan negara pada masa akan datang.

   

Prof. Dr. Che Abdullah Abu Bakar  

Dekan

 

 

 

 

Carian di Web

Buletin / Berita @ FTM

Fakulti Teknologi Makanan (FTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan majlis Pelancaran Produk Makanan pada 21 Disember 2011 di Laman Inspirasi, UniSZA Kampus Kota. Pelancaran ini merupakan kemuncak kepada...

Pada 11 Disember 2011 yang lalu, 38 orang pelajar tahun 3 yang mengikuti kursus Teknologi Hasilan Bakeri (FPE 4413) telah mengadakan Hari Bakeri (Bakery Day) yang bertempat di Makmal Pemprosesan...

Pada 14 dan 15 Disember 2011 yang lalu, Fakulti Teknologi Makanan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah...

Pelawat Web

Pautan Pantas

logo footer   © 2012 Hakcipta Terpelihara. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).