Wednesday, 08 May 2024

Tanya Pakar@UniSZA beri khidmat nasihat percuma kepada masyarakat

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila melancarkan produk Tanya Pakar@UniSZA untuk meningkatkan lagi sumbangan UniSZA kepada masyarakat secara percuma.

Fokus utama projek Tanya Pakar@UniSZA adalah menyediakan platform untuk membantu dan menyelesaikan masalah komuniti melalui perundingan pakar dari kakitangan UniSZA.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, Khidmat nasihat percuma itu diberikan melalui sistem Tanyapakar.unisza.edu.my yang berfokus kepada 13 bidang utama antaranya perniagaan, terapi seni, undang-undang, pertanian, kerjaya dan alam sekitar.

“Tanya Pakar ini hanya beroperasi pada waktu bekerja iaitu dari jam 8 pagi sehingga  5 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu”

“Sistem ini memudahkan komuniti menghubungi pakar di UniSZA yang sentiasa bersedia dengan segala permasalahan masyarakat untuk dirujuk dan dibantu”, katanya pada Majlis Pelancaran Tanya Pakar @ UniSZA, di Dewan Auditorium Perpustakaan, hari ini.

Katanya lagi, UniSZA akan menambah lagi bidang lain jika diperlukan oleh masyarakat dalam menyelesaikan masalah mereka seiring dengan hasrat KPT dalam projek Universiti untuk Masyrakat (U4S) dan Community Heroes.

“Saya harap agar ahli komuniti setempat dan Malaysia umumnya dapat memanfaatkan ilmu-ilmu dan kepakaran ini bertepatan dengan motto UniSZA, Ilmu Demi Faedah Insan”, katanya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara