Sarjana Muda Teknologi Makanan PDF Cetak Emel
Roslan | Selasa, 20 Januari 2009 18:08

 


Programme Coordinator

Prof Dr Che Abdullah Abu Bakar (Dean)


Bachelor of Food Technology

Food technology integrates principles and concepts in the chemical, physical, biological and engineering sciences, and applies them to the selection, design, processing, analysis packaging, evaluation and storage of food ingredients and food and beverages. With the present global food crisis, the field of food technology will become more important to meet the demand for safe and wholesome food.

 

Students enrolled in this programme study all aspects of food from the chemistry of food ingredients to the manufacturing of safe and high quality food. The students have to complete a rigorous scientific curriculum that prepares them for the numerous job opportunities available or for graduate studies in the related areas.

Objectives

The department identified the following educational objectives for this programme:

 

1 To produce graduates with basic and applied knowledge in science and engineering adaptable for manufacturing of food products and others from agricultural produces.

 

2 To train students to have the capability to start their own food business, conduct research and development for new products and improved process, manage food manufacturing plants and be able to solve problems encountered.

 

3 To prepare its students to be aware of continuous professional improvement and life long learning.

Duration of Study

Under normal circumstances, students enrolled in this programme will require four (4) years or eight (8) semesters with a minimum of 134 credit hours to graduate.

Facilities

Students can access to the latest food chemistry, food biochemistry and food microbiology laboratories and specialised equipments for food processing and evaluation. There are specialised laboratories for the processing of fruits and vegetables, dairy products, meat and fish products, fats and oils and bakery products. The analytical laboratories are equipped with instruments, both basic and sophisticated such as rheometer, chromameter, HPLC, GC, GC-MS, AAS, PCR, RT PCR and FTIR which allow students to do research on microbiological, sensory, chemical, and physical analysis of various foodstuffs.

Career Opportunities

Food production is one of the largest manufacturing industries and provides great employment opportunities for graduates in food technology. Development and advancement in the food industry will require expertise in the field of food technology. Graduates of this programme develop a range of skills which enable them to become food entrepreneurs or occupy central positions within food production plants, suppliers of food and food ingredients as well as within consulting laboratories, government organisations and regulatory bodies.

Entry Requirements

The entry requirement to this program is Higher School Certificate Malaysia (HSCM) or equivalent approved by the Senate of Universiti Darul Iman Malaysia. Minimum qualification according to the General Rules of the University and special requirements for the program are as follows:

Passed in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or equivalent with a credit in Bahasa Malaysia and Biology, Chemistry and Mathematics or Physic or Additional Mathematics and three other subjects.

AND

1. pass in one sitting of HSCM or equivalent with a minimum Grade C (NGMP 2.00) in the following subjects of General Studies/General Paper; Grade C+ (NGMP 2.33) in Biology, Chemistry, and one other subject of Physics or Mathematics

OR

2. Pass in Agriculture Science foundation studies and obtain a minimum PNGK 2.00; Grade C+ (NGMP 2.33) in the subjects of Biology / Chemistry / Agriculture Science and Physics or Mathematics

OR

3. Pass Ministry of Education Malaysia Matriculation studies and obtain a minimum PNGK 2.00; Grade C+ (NGMP 2.33) in the subjects of Biology, Chemistry and one other subject of Physics or Mathematics or Accountancy

OR

4. Obtained Diploma in related areas or other qualifications acceptable by the UDM Senate.

AND

Have taken “Malaysian University English Test (MUET)”

 

Sarjana Muda Teknologi Makanan

Teknologi makanan mengintegrasikan prinsip dan konsep sains kimia, fizik, biologi dan kejuruteraan untuk digunakan bagi memilih, merekabentuk, memproses, menganalisis, membungkus, menilai dan menyimpan bahan makanan serta produk makanan dan minuman. Dengan krisis makanan global yang dihadapi sekarang ini, bidang teknologi makanan akan menjadi lebih penting bagi memenuhi keperluan makanan dan minuman yang berkhasiat dan selamat.

 

Pelajar yang mengikuti program ini mempelajari semua aspek makanan daripada sifat kimia bahan makanan sehingga pengilangan produk makanan yang selamat dan berkualiti tinggi. Mereka perlu mengikuti kurikulum saintifik yang padat yang menyediakan mereka untuk pelbagai peluang pekerjaan atau untuk melanjutkan pelajaran diperingkat siswazah didalam bidang berkaitan.

Objektif

Jabatan telah mengenalpasti objektif-objektif berikut bagi program ini:

 

1 Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas dan gunaan didalam bidang sains dan kejuruteraan yang boleh disesuaikan untuk menghasilkan produk makanan dan sebagainya daripada hasil pertanian.

 

2 Melatih pelajar agar berkebolehan dalam menjalankan perniagaan, penyelidikan, pembangunan produk makanan, dan pemajuan proses, mengurus kilang pembuatan makanan serta mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

 

3 Menyediakan pelajar agar sentiasa bersedia untuk pemajuan profesional secara berterusan dan juga pembelajaran sepanjang hayat.

Tempoh Pengajian

Dalam keadaan biasa, pelajar yang mengikuti program ini memerlukan empat tahun atau lapan semester dengan minima 134 jam kredit untuk bergraduat.

Kemudahan

Pelajar-pelajar boleh menggunakan makmal-makmal kimia makanan, biokimia makanan dan mikrobiologi makanan yang mempunyai peralatan terkini dan alat-alat untuk pemprosesan dan penilaian makanan. Terdapat juga makmal-makmal yang dikhususkan untuk pemprosesan buah dan sayuran, produk tenusu, daging dan ikan, minyak dan lelemak dan produk bakeri.Makmal-makmal analisis mempunyai instrumen-instrumen asas dan sofistikated seperti rheometer, chromameter, HPLC, GC, GC-MS, AAS, PCR, RT-PCR, dan FTIR yang membolehkan pelajar menjalankan kajian terhadap analisis mikrobiologi, sensori, kimia dan fizik bagi pelbagai bahan makanan.

Peluang Kerjaya

Pemprosesan makanan merupakan salah satu industri pembuatan terbesar dan memberi peluang pekerjaan yang amat baik kepada graduan teknologi makanan. Pembangunan dan pemajuan industri ini memerlukan tenaga mahir didalam bidang yang berkaitan teknologi makanan. Graduan teknologi makanan mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka menjadi usahawan makanan atau memegang jawatan penting didalam kilang memproses makanan, pembekal makanan dan bahan makanan serta makmal penyelidikan dan perundingan, badan-badan kerajaan dan agensi perundangan dan pengkuatkuasaan.

Keperluan Kemasukan

Syarat kelayakan kemasukan adalah STPM atau setara yang diluluskan oleh Senat Universiti Darul Iman Malayia (UDM). Kelayakan minimum mengikut Syarat Am Universiti dan keperluan Syarat Khas Program adalah seperti berikut:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia serta dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik atau Fizik atau Matematik Tambahan dan tiga mata pelajaran lain.

DAN

1. Lulus dalam sekali peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am; Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan satu mata pelajaran lain Fizik atau Matematik

ATAU

2. Lulus program Asasi Sains Pertanian dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Biologi / Kimia / Sains Pertanian dan Fizik atau Matematik

ATAU

3. Lulus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan satu mata pelajaran lain, Fizik atau Matematik atau Perakaunan

ATAU

4. Mempunyai Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UDM.

DAN

Mengambil “Malaysian University English Test (MUET)”


Last update: 2009 June

 

Food Technology Programme - Curriculum  

Course Distribution

Semester University Courses Specialisation Course Elective Total Credits
1 4 (4+0) 14 (11+3) - 18 (15+3)
2 4 (4+0) 15 (13+2) - 19 (17+2)
3 4 (2+2) 12 (9+3) - 16 (11+5)
4 3 (2+1) 14 (10+4) - 17 (12+5)
5 1 (0+1) 14 (11+3) 3 (2+1) 18 (13+5)
6 - 12 (0+12) - 12 (0+12)
7 4 (4+0) 12 (7+5) 3 (2+1) 19 (13+6)
8 - 9 (4+5) 6 (4+2) 15 (8+7)
Total Credits 20 (16+4) 102 (67+35) 12 (8+4)

134 (89+45)

 

SEMESTER PERTAMA SEMESTER KEDUA
UIT 3012  Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 (2+0)U   UBI 3022  English for Communication II                     2 (2+0)U
UBI 3012 English for Communication I 2 (2+0)U UIE 3012 Hubungan Etnik 2 (2+0)U
TKF 3283 Pengantar Teknologi Maklumat 3 (1+2)P FSS 3023 Mikrobiologi Makanan Asas 3 (2+1)P
AHE 3093 Prinsip Pengeluaran Pertanian 3 (3+0)P AES 3023 Ekonomi Pertanian 3 (3+0)P
FDS 3013 Kimia Inorganik Fizikal 3 (2+1)P FDS 3023 Kimia Organik Analisis 3 (2+1)P
FDS 3413 Pengenalan Kepada Sains dan Teknologi Makanan  3 (3+0)P AES 3003 Pengurusan Organisasi 3 (3+0)P
FDS 3102 Fizik Am 2 (2+0)P AES 3013 Perakaunan Asas 3 (3+0)P
JUMLAH 18  JUMLAH 19

 

SEMESTER KETIGA SEMESTER KEEMPAT
AES 3033  Keusahawan Tani 3 (2+1)U   FIS 3103 Kimia Komponen Makanan 3 (3+0)P
FSS 3033 Mikrobiologi Makanan 3 (2+1)P FIS 3122 Analisis Kimia Makanan  2 (0+2)P
FIS 3013 Biokimia Makanan 3 (3+0)P FPS 3063

Prinsip dan Kaedah Pemprosesan Makanan

3 (2+1)P
FES 3013 Asas Kejuruteraan Proses Makanan                        3 (2+1)P FES 3113 Operasi Unit Pemprosesan Makanan 3 (2+1)P
FDS 3213 Kalkulus 3 (2+1)P FDS 3403 Pemakanan dan Keselamatan Makanan 3 (3+0)P
XXX xxxx Kokurikulum 1 (0+1)U UIU 3012 Aqidah dan Akhlak   
JUMLAH 16 Atau   2 (2+0)U
    UIM 3012 Moral dan Etika II  
    XXX xxxx Kokurikulum 1 (0+1)U
    JUMLAH 17

 

SEMESTER KELIMA SEMESTER KEENAM
FDS 3302 Makanan Halal                                                    

2 (2+0)P  

FDS 4900  Latihan Industri                                       12 (0+12)P
FSS 4213 Keselamatan dan Pengurusan Kualiti Makanan

3 (3+0)P

     
FES 4213 Pembungkusan Makanan 3 (2+1)P      
FPE 4313 Teknologi Daging        
Atau   3 (2+1)E      
FPE 4413 Teknologi Hasilan Bakeri        
ASS 4373 Biostatistik 3 (2+1)P      
AXS 4113 Pengembangan Pertanian 3 (2+1)P      
UIQ 3010 Talaqqi Qur'an        
Atau   Audit      
UIP 3010 Protokol dan Pengurusan Majlis Rasmi        
XXX xxxx Kokurikulum 1 (0+1)U      
JUMLAH 18 JUMLAH 12

 

SEMESTER KETUJUH SEMESTER KELAPAN
FDS 4973 Projek Penyelidikan I 3 (1+2)P   FDS 4983  Projek Penyelidikan II                              3 (0+3)P
FPS 4214 Pembangunan Produk Makanan 4 (2+2)P FDS 4961 Seminar 1 (0+1)P
FDS 4312 Undang-undang dan Peraturan Makanan                 2 (2+0)P FDS 4302 Sains Makanan Forensik 2 (2+0)P
FES 4313 Rekabentuk Proses dan Loji Makanan 3 (2+1)P FPS 4273 Pengurusan Operasi Loji Makanan 3 (2+1)P
FIE 4513 Teknologi Hasilan Minyak dan Lemak   FPE 4703 Teknologi Tenusu  
Atau   3 (2+1)E Atau   3 (2+1)E*
FPE 4903 Teknologi Minuman   AHS 4543 Teknologi Lepastuai  
UIU 3022 Fiqh Islami    Atau   3 (2+2)E*
Atau   2 (2+0)U FPE 4803 Teknologi Makanan Hasilan Aquatik  
UIM 3022 Perbandingan Agama II    JUMLAH 15
UB_ 3012 Bahasa Asing 2 (2+0)U      
JUMLAH 19      

 


Note: * - Students have to choose 2 from 3 courses.


 

Kemaskini terakhir pada Isnin, 10 Oktober 2011 09:28
logo footer   © 2014 Hakcipta Terpelihara. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).