Fasiliti PDF Cetak Emel

Kemudahan  Fakulti

 

Fakulti Teknologi Makanan menyediakan beberapa makmal bagi tujuan latihan amali dan penyelidikan. Antaranya:

 

Makmal Analisis Makanan

Makmal analisis makanan adalah bertujuan untuk menjalankan pengajaran dan penyelidikan berkaitan dengan analisis sampel makanan. Makmal ini menyediakan kemudahan untuk menganalisis sampel dengan menggunakan alatan seperti atomic absorption spectrophotometer (AAS), CHNS elemental analyzer, gas chromatography mass spectrometry (GCMS), High-performance liquid chromatography (HPLC), soxhlet extractor, fibertherm, moisture analyzer, chromameter, colorimeter dan Fourier Transform Infrared (FTIR).

 

Makmal Pemprosesan Makanan

Makmal pemprosesan makanan menempatkan alat-alat bagi mendedahkan para pelajar kepada beberapa teknik pemprosesan dan pengawetan seperti kaedah pengeringan, sejukbeku, pendinginan dan juga penggunaan bahan awet kimia. Antara alat-alat yang terdapat di makmal ini adalah seperti mesin penyembur kering, peti sejuk beku, ketuhar gelombang mikro, mesin pembungkusan vakum dan lain-lain.

 

Makmal Sensori

Makmal sensori digunakan bagi menilai produk-produk makanan yang dihasilkan oleh universiti  melalui penyelidikan. Penilaian ini memerlukan panel sensori  untuk merasa makanan dan kemudiannya mengisi borang penilaian sensori mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Maklumat daripada penilaian ini kemudiannya akan dianalisa secara statistik bagi mendapatkan maklum balas sebenar daripada panel sensori. Maklumat inilah yang akan digunakan sebagai parameter untuk menambah baik  ciri-ciri produk yang dinilai.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:

  • Sepuluh ruang sensori dengan ruang tingkap individu yang boleh dicapai dari ruang persediaan.
  • Bilik persediaan yang menempatkan ketuhar, peti sejuk beku, peti sejuk, meja persiapan dan peti pengeringan untuk bahan-bahan kering dan juga alat radas.

Makmal Kimia

Makmal kimia merupakan makmal pengajaran dan pembelajaran kimia. Makmal ini dapat menampung 40 pelajar dalam satu sesi pembelajaran. Makmal ini turut diguna sama dengan Fakulti Pertanian dan Bioteknologi. Selain itu, makmal ini turut mempunyai kelengkapan dan kemudahan kepada pelajar peringkat pascasiswazah untuk menjalankan penyelidikan.

 

Makmal Mikrobiologi

Makmal ini digunakan untuk pengajaran dan penyelidikan di dalam bidang mikrobiologi. Antara aktiviti yang dijalankan di makmal ini adalah seperti pemencilan, mengenalpasti, dan pemeliharaan bakteria dan fungus  yang diperolehi dari sampel sekitaran, sampel tumbuhan, sampel makanan, sampel haiwan dan sebagainya. Kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti bakteria dan fungus ini adalah dengan menggunakan bahan media mikrobiologi dan juga kaedah biologi molekul. Bagi memenuhi keperluan pengajaran dan penyelidikan, makmal ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan makmal terutamanya yang digunakan di dalam bidang mikrobiologi.

 

Makmal Pascasiswazah

 

Makmal ini merupakan makmal penyelidikan untuk pelajar-pelajar pasca siswazah yang mengambil sarjana dan PhD dengan penyelidikan. Makmal ini dilengkapi dengan kemudahan yang terkini seperti HPLC, GC-MS, Gel Documentation, Fluorescene Microscope dan lain-lain.

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

logo footer   © 2014 Hakcipta Terpelihara. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).