SEMINAR : KERJAYA SEORANG AHLI TEKNOLOGI MAKANAN PDF  Array Cetak Array  Emel
Penilaian Pengguna: / 0
TerburukTerbaik 
News | webmaster | Rabu, 27 Julai 2011 09:52

Pada 30 April 2011 yang lalu, Fakulti Teknologi Makanan telah mengadakan satu seminar kerjaya  yang bertajuk ‘CAREER PATH OF FOOD TECHNOLOGIST’ kepada pelajar Sarjana Muda Teknologi Makanan. Seminar kerjaya ini telah dipengerusikan oleh Dr. John Tang Yew Huat dan diteruskan dengan penyampaian seminar oleh tetamu jemputan iaitu Prof. Adjung Dr. Mohd Nasir Azudin dari Interflour Group PTE.LTD. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang akademik mahupun dalam industri makanan.

 

Seramai tiga puluh tiga (33) orang pelajar Sarjana Muda Teknologi Makanan serta beberapa orang pensyarah dari Fakulti Teknologi Makanan telah menghadiri seminar ini.

 

Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun akhir mengenai peluang serta skop kerjaya setelah bergelar seorang ahli teknologi makanan.

 

Dalam penyampaian tersebut, Prof. Adjung Dr. Mohd Nasir Azudin telah menekankan pelbagai skop serta cabang kerjaya yang perlu direbut oleh seorang graduan Teknologi Makanan berikutan ramai graduan dalam bidang yang sama lahir daripada pelbagai intitusi pengajian tinggi di Malaysia saban tahun.

 

Selain itu, beliau juga berkongsi cerita tentang ciri-ciri yang diambil kira semasa temuduga. Beberapa pelajar tahun akhir yang telah menghadiri temuduga di industri makanan turut berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar- pelajar lain.

 

Sepanjang seminar berlangsung, para pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam dengan kehadiran yang memberangsangkan serta dapat mengajukan pelbagai soalan yang bersesuaian dengan tajuk seminar yang disampaikan.

 


Kemaskini terakhir pada Khamis, 20 Oktober 2011 09:09
logo footer   © 2014 Hakcipta Terpelihara. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).